Selera Kampung

Kunjungan ke Negeri Melaka tidak lengkap tanpa menikmati hidangan Asam Pedas dengan penginapan yang selesa.

Slide 1

Kelebihan Restoran

Restoran Asam Pedas Selera Kampung ini menyediakan 2 ruangan untuk kemudahan orang ramai menjamu selera. Mempunyai kawasan terbuka dan juga bilik berhawa dingin. Ruangan berhawa dingin tersebut sesuai untuk mereka yang mahukan keselesahan. Jika anda mahu datang secara berkumpulan, bolehlah datang menjamu selera di Asam Pedas Selera Kampung.

Pilihan Menu

Restoran ini menyediakan resipi asli asam pedas istimewa kepala ikan jenahak yang boleh dinikmati dengan hidangan nasi panas dan 10 jenis ulam-ulaman. Ikan lain juga disediakan mengikut pilihan dan cita rasa pelanggan.

Nur Fatihah Suite TownStay

Nyaman dan bersih Suite Apartment menyambut pelancong dari seluruh dunia untuk menikmati mereka tinggal di kota bersejarah Melaka.

Tempahan Rumah Tamu

Kami telah menyediakan sistem tempahan bagi pelanggan yang berminat untuk menginap di Nur Fatihah Townstay. Anda akan mendapat harga promosi yang terbaik dari pihak kami sekiranya membuat tempahan penginapan lebih dari satu hari. Untuk Pemesanan, hubungi Ms Fatihah: +6 017-295 0441

Pilihan lauk memang banyak..kalau asam pedas tu..ada sampai tiga empat jenis pilhan asam pedas yang korang bleh amik..and termasuk jugak la lauk2 lain...jaja ngan member ipted untuk kongsi jek lauk asam pedas..and amik juga lauk2 lain sebagai tambahan....kat hujung tu kalau korang nampak..ada udang galah masak lemak cili api..huishhh, gatal jek tangan jaja ni nak cekau sekor. Pilihan jaja ngan member ialah..asam pedas ikan pari...seriusly sedap..kuahnya pekat, pedas ,masam,masin semua cukup seimbang....memang puas hati lah...